“Kami ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada peminat dan pembaca Tentang Cinta yang disayangi sekalian…” -Mr & Mrs Teddy.
Bagaimanakah caranya untuk anda tahu adakah seseorang itu menyukai
anda? Mungkinkah dari gerak geri badannya? Mungkinkah dari cara si dia
bercakap? At
au mungkinkah dari cara si dia melayan anda?
Setiap orang sebenarnya mempunyai cara mereka tersendiri dalam
mengekspresikan perasaan mereka. Namun begitu, terdapat lima tanda-tanda
yang lazimnya orang akan lakukan apabila mereka menyukai seseorang,
iaitu:
1. Orang itu akan berpeluh – Anda akan dapat melihat
yang orang itu akan berpeluh-peluh kecil di sekitar dahi dan tangan
mereka. Seperti dia sedang gemuruh walaupun pada waktu itu suhu
persekitaran adalah sejuk. Tetapi jika dia baru sahaja lepas bersukan
dan berpeluh, jangan pula anda ingat dia menyukai anda pula. Kita tengok
juga pada keadaan dan situasi. Tidak semestinya apabila dia berpeluh
tandanya dia menyukai anda.
2. Senyum sorang-sorang – Setiap kali bila anda lalu
dekat dengan dia je, anda akan perhatikan yang dia senyum
sorang-sorang. Setiap kali anda lalu je, nampak dia tengah senyum.
Padahal dia tengah buat kerja lain, tapi boleh pulak dia tersenyum
sorang-sorang.
3. Sweet talker – Bila dia bercakap dengan anda, dia
akan cakap perkara yang baik-baik je. Anda pun rasa selesa
sangat-sangat bila bercakap dengan dia. Orang Melayu kata, orang macam
ni adalah orang ‘mulut manis’. Daripada kempis sehingga jadi besar la
punggung kita bila asyik kena puji je dengan dia.
4. Jantung berdegup kencang – Jantung anda akan
berdegup kencang apabila setiap kali berjumpa dengan dia. Bukannya sebab
anda nervous, tetapi disebabkan dia menghantarkan satu aura yang
membuatkan diri dalaman anda terasa getaran aura yang dia pancarkan.
5. Mudah berangan – Dan akhir sekali adalah, dia
mudah berangan bila bercakap dengan anda. Bila anda bercakap je dengan
dia, tiba-tiba mata dia asyik tengok je wajah anda. Bila anda tanya, tak
menyahut. Anda lambai-lambai depan mata dia pun, tak berkelip. Itu
tandanya yang dia memang betul-betul menyukai anda sebab dia tengah
berangan sesuatu tentang diri anda.
So itulah di antara lima tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu
menyukai anda. Si dia akan berpeluh-peluh, senyum sorang-sorang, sweet
talker, jantung anda akan berdegup kencang dan akhir sekali si dia akan
berangan bila bercakap dengan anda.
Comments
Post a Comment